Michael Ang Dedah Sudah Lebih Setahun Memeluk Islam. Alhamdulillah

Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu. Khabar itu disampaikan sendiri oleh Michael menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.

Michael Ang Dedah Sudah Lebih Setahun Memeluk Islam. Alhamdulillah

“Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

Tak mahu kecoh

Michael Ang Dedah Sudah Lebih Setahun Memeluk Islam. Alhamdulillah

“Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar.

“Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah,” katanya yang masih mengekalkan nama asal Michael Ang Hai Swee biarpun sudah memeluk Islam.

Rupanya dari puasa ramadhan tahun lalu!

Sebelum ini, Michael dikatakan sudah bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Michael Ang Dedah Sudah Lebih Setahun Memeluk Islam. Alhamdulillah

Ikuti video pengakuan eksklusif Michael