Dulu Ibunya Hanya Kerja Sebagai Pencuci, Kisah Kehidupan Mesut Ozil Sebelum Menjadi Bintang

Sejak kritikan Mesut Ozil menarik perhatian dunia, nama Ozil telah menjadi sebutan dan pelbagai pihak yang dapat dilihat tampil mempertahankan dan menentang tindakan yang dibuat oleh pemain tengah Arsenal itu.

Siapakah Ozil ini? Mengapa dia sanggup merisikokan karier serta menerima cemuhan daripada orang ramai dengan bertindak menyuarakan penindasan yang berlaku ke atas etnik Uighur ini?

Sungguh pun dia tahu bahawa pelbagai risiko bakal dihadapinya akibat daripada tindakannya itu, dia tetap berani menyuarakan kritikan tersebut.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Jasmine Greentea ada berkongsikan serba sedikit berkenaan dengan seorang pemuda Islam Jerman yang berdarah Turki ini sebelum dia bergelar pemain bintang dalam arena sukan bola sepak dunia kini.

Menurut pengguna Facebook tersebut, Ozil ini sebenarnya datang daripada keluarga yang susah. Ibu kepada bintang Arsenal ini didakwa bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah.

 

Semasa Ozil menandatangani kontrak bersama Arsenal, ibunya dikatakan ada menulis sepucuk surat yang masih disimpan Ozil sehingga kini.

 

Antara ayat yang didakwa terdapat dalam surat itu adalah:

“Tetapi kelebihan yang kamu miliki ini sebenarnya bukan milikmu seorang sahaja. Jika kelebihan yang kamu miliki pada hari ini tidak dikongsikan dengan orang lain, maka kamu bukan lagi anakku.”

“Mesut, jangan lupa, kita hanya hidup sementara sahaja di dunia ini. Tuhan telah kurniakan kelebihan tertentu kepadamu.”

 

 

Pengguna Facebook tersebut turut mendakwa bahawa Mesut Ozil telah mendermakan duit kemenangan hasil daripada kejuaraan Piala Dunia FIFA 2o14 bersama pasukan Jerman kepada orang-orang Brazil yang memerlukan.

Difahamkan, semasa majlis perkahwinannya, Mesut Ozil telah didakwa membiayai kos pembedahan 1000 kanak-kanak yang kurang berkemampuan. Beliau juga turut didakwa memberi makan kepada 100 ribu pelarian syria yang berada di kem pelarian di Turki dan Syria.

Sumber: Jasmine Greentea

Be the first to comment

Leave a Reply